Soalan Lazim Sebelum Menjadi Dasher

Ingin tahu bagaimana untuk menjadi seorang Dasher? Berikut adalah beberapa perkara yang anda mesti tahu!

Do not index
Do not index
Tekan sini untuk versi Inggeris
 

1. Apakah skop kerja? Bagaimanakah ia berfungsi?

Di Dash, anda boleh memilih untuk menghantar kereta ataupun menjadi pemandu peribadi berdasarkan ketersediaan masa, lokasi dan pekerjaan pilihan anda:
🚗 Penghantaran Kereta: Mengambil kereta dari lokasi A dan hantar ke lokasi B
👨🏻‍✈️ Pemandu Peribadi: Jadi pemandu menggunakan kereta SOCAR atau kereta peribadi pelanggan
 
Dapatkan maklumat lebih terperinci tentang setiap pekerjaan di sini
 

2. Bagaimanakah/Apakah cara untuk pergi ke Lokasi Pengambilan & kembali dari Lokasi Penghantaran?

notion image
 
Perjalanan/Pengangkutan ke lokasi A (lokasi pengambilan) dan pulang dari lokasi B (lokasi penghantaran) atau perjalanan ke destinasi anda yang seterusnya semuanya berdasarkan pilihan Dasher sendiri.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengurangkan kos dan juga untuk menyiapkan kerja dengan lancar:
💼 Mengambil kerja di sekeliling anda/Lakukan perjalanan ke kawasan yang mempunyai kebanyakan pekerjaan
🚝 Mengambil pengangkutan awam - My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT.  *Untuk maklumat lanjut, sila layari Rapid KL
🚌 Gunakan MOOVIT untuk merancang perjalanan anda - Dapatkan masa kereta api dan bas, peta dan maklumat ketibaan masa nyata semuanya dalam pengalaman perjalanan-sehenti untuk membantu anda pergi dari lokasi A ke B dengan cara yang paling mudah dan berkesan. *Klik untuk memuat turun - Android & Apple
🙎🏻‍♂️ Bekerjasama dengan rakan kongsi yang memandu dan mengikut anda ke lokasi B
🛴 Jika anda memiliki e-skuter, naik ke lokasi A dan letakkan e-skuter dalam bonet kereta (pastikan mematuhi semua undang-undang pengangkutan)
💵 Pada masa ini, kami mempunyai Insentif Lewat Malam (Tuntutan Grab sehingga RM20 untuk kerja yang disiapkan dalam masa 10 malam hingga 7 pagi) *Untuk maklumat lanjut, sila baca ini
🚌 Jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, kami menyediakan perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) untuk membantu Dashers kembali ke lokasi mula kerja (lokasi A). Ini bermakna anda boleh memandu kenderaan sendiri dan meletakkan kenderaan anda berhampiran lokasi A, dan meminta perkhidmatan ini menghantar anda balik dari lokasi B ke A selepas selesaikan kerja. *Nota: Perkhidmatan ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Apabila anda menerima kerja dalam kawasan layak perkhidmatan, anda akan menerima SMS dalam pautan permintaan.
 
Jika anda mempunyai cara lain yang lebih baik, sila teruskan dan gunakan mana-mana cara yang terbaik dan mudah untuk anda 😊
 

3. Berapa lama masa untuk mengaktifkan akaun saya?

notion image
Selepas mendaftar:
  1. Memuat naik dokumen.
  1. Pengesahan akaun: Mengambil masa selama 1-3 hari bekerja. Sementara menunggu pengesahan akaun anda, anda boleh melengkapkan latihan untuk pekerjaan pilihan anda.
*Anda akan menerima e-mel untuk mengemas kini status akaun anda.
 

4. Aplikasi dan Latihan Dash berbahasa Inggeris. Bolehkah kita menukar ke Bahasa Malaysia?

Pada masa ini, kami hanya ada Bahasa Inggeris. Harap maklum bahawa berkomunikasi dan memahami Bahasa Inggeris asas adalah salah satu syarat untuk menjadi Dasher kami.
 
 

Ada lagi soalan tentang menjadi Dasher?

 

Work flexible hours & Earn RM3,000/month or more, just by driving!

Join Dash Now!

Sign Up Now

Written by

Join Dash Now!

Work flexible hours & Earn RM3,000/month or more, just by driving!